Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.din.ding] | ڤندينديڠ

Definisi : penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.din.ding] | ڤندينديڠ

Definisi : penyekat; penutup; penghalang; pelindung: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendinding


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENDINDING

PENDINDING, bahan atau perlakuan yang dipercayai boleh memelihara keselamatan manusia daripada gangguan manusia, binatang buas atau makhluk halus.  Pendinding terdapat dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk menangkis daripada akibat buruk yang boleh menimpa sesuatu benda, manusia atau keadaan.

BUDAYAKepercayaan

Kembali ke atas