PENDUDUK | | UMUM | |
BANCI PENDUDUK | Banci penduduk, sumber utama data dan maklumat penduduk sesebuah negara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
DEMOGRAFI | Demografi merupakan satu kajian tentang penduduk manusia. Ahli demografi (pakar penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur, bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian penduduk ataupun sampel survei kebangsaan. | UMUM | |
AUCKLAND | Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315 668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland, peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan pemandangannya telah menarik kedatangan orang dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian- bahagian lain di New Zealand. | UMUM | |
BURUNDI | Burundi ialah salah satu negara terkecil dan paling padat penduduk di Afrika. Negara ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika. Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan komuniti perbandaran terbesar. | UMUM | |
AINU | Ainu ialah sekumpulan penduduk yang mungkin merupakan penduduk pertama Jepun. Kini terdapat 15 000 orang Ainu yang kebanyakannya tinggal di Hokkaido, salah sebuah pulau utama Jepun yang terletak paling utara. Sesetengah ahli antropologi berpendapat bahawa kaum Ainu ada hubungannya dengan orang Eropah. Ada ahli antropologi yang lain pula berpendapat bahawa orang Ainu ada kaitan dengan orang Asia atau Orang Asli Australia, penduduk asal Australia. | UMUM | |
ARGENTINA | Argentina ialah negara yang kedua terbesar dari segi keluasan dan penduduk di Amerika Selatan. Hanya Brazil meliputi keluasan yang lebih besar dan mempunyai lebih ramai penduduk. Argentina berbentuk panjang tirus dan meliputi selatan Amerika Selatan. Ia menganjur dari Chaco Bolivia di utara hingga ke Terusan Beagle di selatan. | UMUM | |
ASIA | Asia ialah benua yang terbesar dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Ia meliputi satu per tiga keluasan muka bumi dunia dan kira-kira tiga per lima dari segi penduduk dunia. Asia menganjur dari Afrika dan Eropah di sebelah barat hingga ke Lautan Pasifik di sebelah timur. Bahagian paling utara benua ini terletak dalam kawasan Artik yang beku. Tetapi selatan hujung Asia terletak di kawasan tropika panas berhampiran garisan Khatulistiwa. | UMUM | |
MABO, KOIKI | Mabo, Koiki (1937–1992) ialah penduduk tetap di kepulauan Torres Strait, Queensland, Australia, yang memperjuangkan hak milik tanah Orang Asli. Pada tahun 1982, dia bersama-sama empat orang penduduk lain telah mula memperjuangkan undang-undang untuk membolehkan mereka mempunyai hak memiliki tanah tradisi mereka itu. | UMUM | |
THAILAND | Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara. Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand merupakan salah satu paling membangun di dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat. Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok, ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand. Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun 1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada tahun 1939, negara ini dengan rasminya menggunakan nama Thailand. | UMUM | |