| BUSHMEN | Bushmen ialah penduduk asal Afrika yang masih hidup secara nomad. Mereka tinggal di Gurun Kalahari di wilayah Botswana dan Namibia. Puak ini juga dikenali sebagai San dan Basarwa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
| AINU | Ainu ialah sekumpulan penduduk yang mungkin merupakan penduduk pertama Jepun. Kini terdapat 15 000 orang Ainu yang kebanyakannya tinggal di Hokkaido, salah sebuah pulau utama Jepun yang terletak paling utara. Sesetengah ahli antropologi berpendapat bahawa kaum Ainu ada hubungannya dengan orang Eropah. Ada ahli antropologi yang lain pula berpendapat bahawa orang Ainu ada kaitan dengan orang Asia atau Orang Asli Australia, penduduk asal Australia. | UMUM | |
| TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
| DEPORTASI | Deportasi ialah tindakan sesebuah kerajaan yang memaksa penduduk asing untuk meninggalkan negara tersebut dan pulang ke tempat kelahiran atau tempat kediaman asal mereka. | UMUM | |
| BAHASA MELAYU DI SUMATERA | BAHASA Melayu DI SUMATERA, bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk di Pulau Sumatera, salah satu tempat asal bahasa Melayu (selain Semenanjung Tanah Melayu). | BAHASA | Konsep |
| ORANG KREOL | Orang Kreol, di Amerika Selatan atau Amerika Utara, ialah individu yang nenek moyangnya peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol awal di Dunia Baru. Perkataan Kreol berasal daripada perkataan Sepanyol criollo yang bererti penduduk asal tempat itu . Istilah itu juga merujuk kepada makanan Kreol dan aspek-aspek lain kebudayaan Kreol. Di Amerika Syarikat, orang Kreol ialah keturunan peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol di Negeri-negeri Teluk seperti Louisiana. Kebanyakan orang Kreol bertutur dalam bahasa Perancis, Sepanyol, atau Portugis. Makanan orang Kreol ialah gumbo , sejenis sup, dan praline , sejenis gula-gula. | UMUM | |
| KELABIT | KELABIT, suku kaum yang terkecil di Sarawak. Suku kaum ini tergolong dalam kategori Orang Hulu. Bilangan orang Kelabit dianggarkan seramai 5000 orang pada tahun 1987. Jumlah ini merangkumi penduduk yang masih tinggal di perkampungan asal mereka di kawasan pedalaman dan juga yang berada di kawasan bandar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |