PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU | PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937. di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA | PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua. Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera. Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
MPAJA | MPAJA ialah pasukan tentera gerila di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ia adalah singkatan bagi Malayan People’s Anti-Japanese Army. Ia merupakan Pasukan gerila ini menggunakan topi berbintang tiga untuk melambangkan tiga bangsa utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pasukan ini juga dikenal sebagai Bintang Tiga. | UMUM | |
CHRISTIAN X | Christian X (1870–1947) ialah raja Denmark dari tahun 1912 hingga kemangkatannya. Baginda menjadi simbol penentangan penting Denmark terhadap pendudukan Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945) | UMUM | Umum |
MACARTHUR, DOUGLAS | MacArthur, Douglas (1880–1964) ialah jeneral Amerika yang terkemuka dalam Perang Dunia II dan Perang Korea. Dia juga menerima bintang kecemerlangan sebagai komander tertinggi pihak Berikat bagi pendudukan di Jepun selepas Perang Dunia II. | UMUM | |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
ARIRANG | Arirang ialah lagu rakyat yang melambangkan perasaan orang Korea. Lagu ini dicipta pada tahun 1926, sewaktu pendudukan Jepun di Korea, bagi melahirkan rasa sedih, suka, dan cinta. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SEMANGAT ASIA | SEMANGAT ASIA, majalah bulanan yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Majalah ini diterbitkan pada bulan Januari 1943 oleh Malai Shinbun Sha, 146 Cecil Street, Syonan-to (Singapura). Semangat Asia menggunakan huruf Rumi dan mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap. Antara pengarang majalah ini ialah Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel. Semangat Asia sempat diterbitkan sebanyak 17 keluaran iaitu Jilid 1 (bil. 1 hingga 10) pada tahun 1943 dan Jilid 2 (bil. 1 hingga 4) pada tahun 1944. | SASTERA | Penerbitan |
TUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUD | TUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUD ( ? - ? ), pemimpin menentang pendudukan Siam di Kedah dari tahun 1838 hingga tahun 1839. Dia ialah anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Semasa Siam menyerang dan menakluki Kedah pada 12 November 1821, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berundur ke Pulau Pinang dan seterusnya berada dalam buangan di Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
POS DAN TELEKOM | POS DAN TELEKOM, jabatan yang memainkan peranan penting dalam sistem komunikasi negara. Kedua-dua jabatan ini berkait rapat kerana diletakkan di bawah pentadbiran yang sama sejak ditubuhkan sehinggalah sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Jabatan Pos dipisahkan daripada Jabatan Telekom semasa pentadbiran Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |