QADARIYYAH, AL- | Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Pengikut aliran ini berpendirian bahawa manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk memilih perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)”. (Surah al-Balad 90:10 ) | UMUM | |
KOFFKA, KURT | Koffka, Kurt (1886–1941) ialah pendukung awal psikologi Gestalt (lihat Psikologi Gestalt). | UMUM | |
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA | GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUHAMMADIYAH | MUHAMMADIYAH, organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar. Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL | Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754 M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al- Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im (Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M. Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal 132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani. Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin Khurasan sebagai mengenangkan jasanya. | UMUM | |
GAPIM | GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |