Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ba.lan] | ڤنبلن

Definisi : perbuatan, perihal dsb menebal atau menebalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
KALUS

Kalus ialah pengerasan dan penebalan kulit

yang sering terbentuk di kaki dan tangan.

UMUM 
ARTERIOSKLEROSIS

Arteriosklerosis ialah sejenis penyakit arteri.

Penyakit ini selalu dikenali sebagai “pengerasan

arteri” kerana ia melibatkan pengerasan,

penebalan, dan kehilangan kekenyalan pada

dinding arteri.

UMUM 

Kembali ke atas