New Zealand, Sejarah . New Zealand dinamakan oleh seorang pelukis peta Belanda yang tidak diketahui, selepas jurumudi Belanda, Abel Tasman mengunjungi kawasan ini pada tahun 1642. Tasman merupakan orang Eropah pertama yang diketahui mengunjungi New Zealand . Tetapi New Zealand sudah dijumpai dan didiami seribu tahun lebih awal oleh penduduk Polinesia Timur, mungkin dari Kepulauan Cook atau Tahiti. Pada pertengahan tahun 1800-an, keturunan daripada mereka ini menggunakan nama Maori, daripada ungkapan mereka tangata maori (orang biasa), untuk membezakan mereka daripada pendatang asing Pakeha (Eropah) – peneroka British yang menjajah negara itu pada waktu itu. Orang Maori memanggil negara mereka Aotearoa, bermakna negara awan putih yang panjang, yang dikatakan oleh sesetengah orang Maori sebagai nama yang mula-mula digunakan oleh Kupe, penemu legenda negara ini. |