MAT SALLEH | Mat Salleh ( ? –1900), penentang penjajahan British di Sabah. | UMUM | |
PERANG SAUDARA IRELAND | Perang Saudara Ireland tercetus antara penyokong dan penentang perjanjian Anglo- Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember 1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari 1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang menyokong perjanjian memenangi peperangan yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland. Kemenangan mereka menjamin hidupnya demokrasi berparlimen dan menyingkirkan ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti- perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik Ireland sehingga kini. | UMUM | |
AQUINO, BENIGNO | Aquino, Benigno (1932–1983), pemimpin politik Filipina dan penentang bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos. Aquino dibunuh pada tahun 1983. Pembunuhan ini mengejutkan rakyat Filipina. Pengundi Filipina telah memilih balunya, Corazon Aquino, sebagai Presiden pada tahun 1986 (lihat Aquino, Corazon ). | UMUM | |
NARVÁEZ, PÁNFILO DE | Narváez, Pánfilo de (1478?–1528) ialah tentera Sepanyol, penjelajah dan penentang Orang Asli Amerika. Dia membantu menawan Cuba pada tahun 1511, dan kehilangan sebelah matanya ketika cuba menangkap Hernando Cortes di Mexico pada tahun 1521. Maharaja Rom Holy, Charles V, menganugerahinya sebidang tanah yang masih belum diterokai di Florida pada tahun 1526, dan dia mengetuai ekspedisi ke sana pada tahun 1528. | UMUM | |
MARAT, JEAN PAUL | Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak supaya penentang revolusi dibunuh. | UMUM | |
NGUYEN VAN THIEU | Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah tekanan kuat penentang politik bukan Komunis – Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk menggalakkan perbincangan gencatan senjata antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan. Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih Vietnam Selatan. | UMUM | |
DE GAULLE, CHARLES ANDRÉ JOSEPH MARIÉ | De Gaulle, Charles André Joseph Marié (1890–1970) ialah patriot, tentera, dan negarawan Perancis yang terkemuka pada tahun 1900-an. Dia memimpin pasukan penentang Perancis untuk menentang Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945), dan mengembalikan semula susunan pentadbiran Perancis selepas berakhirnya perang. | UMUM | |
ABU SUFYAN | Abu Sufyan (?-32 H/653 M), pembesar Quraisy dan penentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya ialah Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah, daripada suku Abu Syams. | AGAMA | Tokoh |
PANGERAN ANTASARI | PANGERAN ANTASARI ( ? -1862), penentang penjajahan Belanda, di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Bapanya, Pangeran Masohot, mengahwini puteri Sultan Sulaiman, manakala datuknya, Pangeran Amir, dibuang negeri ke Ceylon ketika penjajahan Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PANDAK ENDUT | PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British. Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak. Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya. Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |