PENENTANGAN MAT SALLEH | PENENTANGAN MAT SALLEH, penentangan Mat Salleh terhadap kekuasaan British di Sabah. British mula mengambil alih kekuasaan Brunei dan Sulu sejak bulan Disember 1877. Kehadiran British tanpa mengambil kira kepentingan wakil-wakil Brunei dan Sulu serta penduduk tempatan, tidak dapat diterima oleh Mat Salleh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PENENTANGAN TUK JANGGUT | PENENTANGAN TUK JANGGUT, pemberontakan menentang British yang meletus pada bulan April 1915 di Pasir Puteh, Kelantan. Kebangkitan ini merupakan penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British apabila British terlibat dalam pentadbiran Kelantan sejak tahun 1910. kebangkitan ini dipimpin oleh Jaji Mat Hasan bin Munas, yang lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut. Dalam gerakannya, Tuk Janggut mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, pembesar dan kerabat diraja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
REVOLUSI FILIPINA | penentangan penjajahan Sepanyol dan Amerika di Filipina | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
CHRISTIAN X | Christian X (1870–1947) ialah raja Denmark dari tahun 1912 hingga kemangkatannya. Baginda menjadi simbol penentangan penting Denmark terhadap pendudukan Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945) | UMUM | Umum |
ANDERSON, ELIZABETH GARRETT | Anderson, Elizabeth Garrett (1836–1917) merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia memperoleh ijazah perubatan di University of Paris. Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya ahli wanita British Medical Association. Dia merupakan ketua jabatan London School of Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital yang mengambil sempena namanya. | UMUM | |
THE COURT OF HIGH COMMISSION | The Court of High Commission merupakan mahkamah yang terpenting dalam mahkamah eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan untuk mendengar kes yang membabitkan penentangan terhadap Gereja England. The Court of High Commission ini diwujudkan pada sekitar tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan paderi. Ia juga mendengar kes perceraian. The Court of High Commission ialah gereja yang seumpama Court of Star Chamber (lihat Star Chamber ). Penubuhannya membangkitkan kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan bertentangan dengan prinsip common law di England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di Court ini adalah antara mereka yang terbabit dengan persengketaan yang dibicarakan. The Court of High Commission ini dihapuskan oleh Parlimen Long pada tahun 1641. | UMUM | |
TUK JANGGUT | TUK JANGGUT (1850-1915), pemimpin penentangan penjajah British di Kelantan. Dia lahir di Kampung Saring, Jeram, Pasir Putih, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Mat Hassan bin Munas tetapi lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut. Gelaran ini diberikan kerana dia mempunyai janggut yang panjang hingga ke paras dada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
GERAKAN PADRI | GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin ‘orang dari Pidie’, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PASIFISME | Pasifisme ialah suatu kepercayaan yang menolak kekerasan. Kebanyakan pencinta kedamaian menentang sama ada peperangan tertentu ataupun semua jenis peperangan. Tetapi dari segi pengertian yang sebenar, pasifisme bermaksud penentangan kekerasan dan dikenali sebagai nonresistance. | UMUM | |
PERISTIWA DUSUN NYIOR | PERISTIWA DUSUN NYIOR, penentangan orang Melayu terhadap pemerintahan Thailand. Peristiwa ini berlaku pada 26 April 1948, selepas beberapa minggu pihak tentera merampas kuasa daripada Perdana Menteri Thailand, Khuang Aphaiwong, Kampung Dusun Nyior terletak berhampiran dengan Tanjung Mas dalam wilayah Narathiwat, selatan Thailand. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |