Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ne.ra.pan] | ڤنرڤن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) mene­rap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) mene­rapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentad­biran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ne.ra.pan] | ڤنرڤن

Definisi : 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEOLOGI ALAM SEKITARPenerapan prinsip dan pengetahuan geologi untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada penempatan manusia dan eksploitasi alam sekitar fizikal.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
TAINE, HIPPOLYTE ADOLPHE

Taine, Hippolyte Adolphe (1828 – 1893) ialah

intelektual dan pengkritik Perancis. Penerapan

falsafah faham penentuan kepada seni dan sastera

yang dilakukannya telah banyak mencorakkan sikap

para intelektual Perancis pada tahun 1800-an.

UMUM 
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 
BATIKBatik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. BUDAYAKonsep
BUSTANUL-KATIBIN

BUSTANUL-KATIBIN, kitab bahasa yang mengandungi pelajaran tentang ejaan Jawi dan tatabahasa bahasa Melayu, dengan penyesuaian dan penerapan daripada sistem tatabahasa bahasa Arab.  Kitab yang pada mulanya dihasilkan dalam bentuk cap batu di Pulau Penyengat telah dikarang oleh Raja Ali Haji pada 20 Syaaban 1273H. Bersamaan 15 April 1857.

BAHASAKitab
TEORI MAKLUMAT

Teori maklumat , memerihalkan bagaimana

mesej dipancar dan diterima melalui sistem

maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau

telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik

bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua

bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal

sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan.

Jurutera-jurutera elektronik kemudian

menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan

keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem

maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini

disebut sebagai sains maklumat.

UMUM 
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 

Kembali ke atas