PENERBANGAN SUPERSONIK | | UMUM | |
PENERBANGAN | | UMUM | |
SYARIKAT PENERBANGAN | Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi yang mengendalikan pesawat udara yang membawa penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) | Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah sistem penerbangan Malaysia yang memulakan operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL) yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean Steamship Company of Liverpool, The Straits Steamship Company of Singapore dan Imperial Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura dan Pulau Pinang. | UMUM | |
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA | agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa. | KEJURUTERAAN | Institusi/Organisasi |
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA | Konsep sistem penerbangan Malaysia. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
KOR PENERBANGAN AUSTRALIA | Kor Penerbangan Australia (Australia Flying Corps) ialah angkatan udara pertama Australia di Australia. | UMUM | |
ALCOCK DAN BROWN | Alcock dan Brown ialah perintis penerbangan British yang membuat penerbangan pertama merentasi Lautan Atlantik tanpa henti. Sir John William Alcock (1892–1919), ialah juruterbangnya dan Sir Arthur Whitten Brown (1886–1948) sebagai jurumudi. | UMUM | |
TAYLOR, G.A. | Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan penerbangan pertama di Australia. Dia membuat penerbangan tersebut pada tahun 1909 di Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an, dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula membina serangkaian layang-layang kotak. Pada tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun 1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney. | UMUM | |
PERUBATAN AEROANGKASA | Perubatan aeroangkasa ialah bidang sains perubatan yang berkaitan dengan kesan penerbangan terhadap kesihatan manusia. Ia meliputi perubatan penerbangan , penjagaan anak kapal dan penumpang; dan perubatan angkasa , penjagaan angkasawan. Doktor dan ahli sains dalam bidang ini cuba meningkatkan prestasi kerja dan keselamatan, dan juga kesihatan, mereka yang menaiki kapal terbang. | UMUM | |