Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ner.bit] | ڤنربيت

Definisi : (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ner.bit] | ڤنربيت

Definisi : orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENERBIT ABBAS BANDUNG

PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka.  Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan.  Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei.  Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu.  Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer.

SASTERAPenerbitan
PENERBIT SINAR HARAPAN

PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan
PENERBIT GUNUNG AGUNG

PENERBIT GUNUNG AGUNG, penerbit buku di Indonesia.  Penerbit Gunung Agung ditubuhkan di Jakarta pada 3 Ogos 1953 oleh Tjio Wie Tay (kemudian bernama Haji Masagung), Darsjaf Rachman, H.B. Jassin, Usman Effendi dan Zuber Usman.  Alamat terakhirnya ialah Jalan Kwitang No. 6, Jakarta 10240.  Direktur penerbit ini ialah Haji Masagung (1953-1990)

SASTERAPenerbitan
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD

PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku.  Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP).  Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom.  Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun.

SASTERAPenerbitan
PENERBIT DJAMBATAN

PENERBIT DJAMBATAN, penerbit buku di Indonesia.  Penerbit Djambatan didirikan pada 19 Februari 1954 oleh beberapa orang, antaranya K. Sutan Pamoentjak, Djamaludin, Adinegoro, Dr. Med. Ahmad Ramali dari pihak Indonesia dan H.M. van Randwijk, C. de Koning sebagai wakil dari pihak Belanda.

SASTERAPenerbitan
PT DUNIA PUSTAKA JAYAPT DUNIA PUSTAKA JAYA, penerbit buku Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan oleh Yayasan Jaya Raya pada 27 April 1971 dengan pinjaman modal sebanyak Rp20 juta.SASTERAInstitusi/Organisasi
MURDOCH, RUPERT

Murdoch, Rupert (1931– ), penerbit kelahiran

Australia yang memiliki banyak syarikat akhbar dan

majalah di Australia, United Kingdom, Amerika

Syarikat dan negara-negara lain. Penerbitannya

berbagai-bagai, daripada The Times di London,

iaitu akhbar harian British yang amat berpengaruh,

hinggalah kepada New York Post, iaitu akhbar

mingguan yang sensasi di Amerika Syarikat. Dia

juga memiliki sepenuhnya atau sebahagian

daripadanya studio filem dan beberapa stesen

televisyen dan syarikat penerbitan buku. Dia juga

terkenal kerana berjaya memulihkan syarikat yang

menghadapi masalah kewangan sehingga berjaya

mendapat keuntungan.

UMUM 
SHAW, RUNME

Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem

China yang mengetuai Shaw Brothers

Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio

filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di

Asia Tenggara.

UMUM 
ZIEGFELD, FLORENZ

Ziegfeld, Florenz (1869–1932) ialah penerbit

teater Amerika. Dia menjadi terkenal kerana siri

persembahan muzik yang dikenali sebagai

Ziegfeld Follies. Ia dipersembahkan oleh Ziegfeld

setiap tahun, iaitu dari tahun 1907 hingga tahun

1927.

UMUM 
NORTHCLIFFE, VISCOUNT

Northcliffe, Viscount (1865–1922), penulis dan

penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori

penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan

akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang

penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang

diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916.

Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah

syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London

Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The

Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland.

Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William

Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun

1905.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas