PENERBITAN PERDAGANGAN | | UMUM | |
PENERBITAN ATAS MEJA | | UMUM | |
PENERBITAN | | UMUM | |
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 | Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, undang-undang yang bertujuan mengawal selia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan dan pengedaran penerbitan, pengimportan serta hal-hal yang berkaitan. | UNDANG-UNDANG | Akta |
JABATAN PENERBITAN DIRAJA KERAJAAN INGGERIS | | UMUM | |
PROGRAM PENERBITAN BERSAMA ASIA PASIFIK (ACCU) | Program pengembangan buku anjuran Asia Pacific Cultural for Unesco (ACCU), Tokyo, Jepun. | SASTERA | Kegiatan |
PENERBITAN FEDERAL BERHAD | PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong. Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur. Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’. | SASTERA | Penerbitan |
SURAT KHABAR | Surat khabar ialah penerbitan yang dikhususkan terutamanya untuk melaporkan dan membuat ulasan sesuatu berita. Surat khabar ialah saluran yang terbaik untuk mengetahui peristiwa semasa. Surat khabar juga memainkan peranan penting dalam membentuk pendapat awam. | UMUM | |
GAYA DEWAN | GAYA DEWAN, sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks. | BAHASA | Penerbitan |
HIDAYAH | | SASTERA | Penerbitan |