PENERBITAN FEDERAL BERHAD | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong. Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur. Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’. | SASTERA | Penerbitan |
PEREDAR | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.). Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936. Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2. Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D. Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941. Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi. Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah: | BAHASA | Karya |
PULAU MANHATTAN | Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan, kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater. Manhattan mempunyai penduduk seramai 1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan air pedalaman. Pulau ini membentuk borough (daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima borough New York . Sungai East ialah sempadan timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya. Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan pulau ini dengan borough lain dan New Jersey. | UMUM | |
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku. Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP). Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom. Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun. | SASTERA | Penerbitan |
PELITA BAHASA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA BAHASA, majalah bahasa berbentuk popular. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1 Mac 1989. Majalah ini menggarap seluruh persoalan bahasa. | BAHASA | Penerbitan |
PENGASUH | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi. Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918. Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman. Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said. | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT DJAMBATAN | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT DJAMBATAN, penerbit buku di Indonesia. Penerbit Djambatan didirikan pada 19 Februari 1954 oleh beberapa orang, antaranya K. Sutan Pamoentjak, Djamaludin, Adinegoro, Dr. Med. Ahmad Ramali dari pihak Indonesia dan H.M. van Randwijk, C. de Koning sebagai wakil dari pihak Belanda. | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT GUNUNG AGUNG | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT GUNUNG AGUNG, penerbit buku di Indonesia. Penerbit Gunung Agung ditubuhkan di Jakarta pada 3 Ogos 1953 oleh Tjio Wie Tay (kemudian bernama Haji Masagung), Darsjaf Rachman, H.B. Jassin, Usman Effendi dan Zuber Usman. Alamat terakhirnya ialah Jalan Kwitang No. 6, Jakarta 10240. Direktur penerbit ini ialah Haji Masagung (1953-1990) | SASTERA | Penerbitan |
PEMIMPIN WARITA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMIMPIN WARITA, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang diterbitkan di Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Akhbar yang dicetak secara cap batu (litograf) ini mula diterbitkan pada 4 November 1895. Harga langganannya ialah $4.00 setahun. Pada tahun 1897, harga akhbar ini diturunkan kepada $3.00 setahun. Akhbar ini diterbitkan oleh Khor Teow Han, yang menerbitkannya melalui percetakan Kim Saik Hean, yang dimilikinya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PENERBIT ABBAS BANDUNG | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka. Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan. Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu. Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer. | SASTERA | Penerbitan |