NOVEL SEJARAH | NOVEL SEJARAH, novel berunsur sejarah. Novel sejarah dalam kesusasteraan Melayu dipadankan daripada perkataan Inggeris iaitu historical novel. | SASTERA | Penerbitan |
NOVEL REMAJA | NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi. | SASTERA | Penerbitan |
NOVEL HIKAYAT | NOVEL HIKAYAT, bentuk novel Melayu yang memancarkan dua ciri khusus, iaitu ciri moden dan ciri tradisional. Novel ini terhasil sebelum Perang Dunia Kedua. | SASTERA | Penerbitan |
NOVEL PICISAN | NOVEL PICISAN, karya yang berbentuk novel atau roman. Istilah picisan ini berasal daripada perkataan ‘picis’ yang bermaksud murah, sama ada nilai atau harga. Dalam kehidupan sehari-hari terutama dlam masyarakat Indonesia khususnya di daerah Sumatera Utara, perkataan picis ini dikenal juga dengan ‘ketip’. | SASTERA | Penerbitan |
NOVEL KANAK-KANAK | NOVEL KANAK-KANAK, karya sastera genre prosa untuk bacaan kanak-kanak dalam lingkungan usia antara 6 hingga 12 tahun. Pada kelazimannya, novel kanak-kanak mempunyai antara 70 hingga 120 halaman bercetak dan berilustrasi. | SASTERA | Penerbitan |
ROYAN REVOLUSI | ROYAN REVOLUSI, novel karya Ramadhan K.H. Novel yang ditulis pada tahun 1961 ini memenangi hadiah pertama Sayembara Penulisan Novel UNESCO-Ikatan Penerbitan Indonesia pada tahun 1968. Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Penerbit Gunung Agung, Jakarta. Novel setebal 308 halaman ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Monique Zaini-Lajoubert. | SASTERA | Karya |
RUMAH ITU DUNIA AKU | RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi. Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik. Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru. Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan. | SASTERA | Karya |
KAWAN BENAR | KAWAN BENAR, novel pertama yang dihasilkan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu. Novel ini diterbitkan pada tahun 1927 dalam tulisan Jawi setebal 177 halaman tanpa menyebut nama penerbitnya. Penerbitan semula novel ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam tulisan Rumi pada tahun 1976 setebal 124 halaman. | SASTERA | Karya |
MELATI SARAWAK | MELATI Sarawak, novel karya Muhammad Rakawi Yusuf yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua. Novel ini dipercayai sebagai novel pertama di Sarawak dan antara novel terawal di Malaysia. Proses mengarang novel ini diselesaikan pada penghujung tahun 1931. Pada tahun 1932, novel ini diterbitkan dalam tulisan Jawi setebal 116 halaman oleh The Sarawak Printing Company. | SASTERA | Penerbitan |
LINGKARAN | LINGKARAN, novel karya Arena Wati. Novel ini diterbitkan pada tahun 1965 oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Naskhah asalnya berjudul “Tumbangnya Pokok Tak Berlangit” yang ditulis pada tahun 1962 untuk peraduan mengarang novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah mendapat hadiah penghormatan. Novel yang dicetak setebal 264 halaman ini mengandungi 18 bab. | SASTERA | Penerbitan |