Li Peng (1928– ), salah seorang pemimpin China yang paling terkemuka. Dia menjadi pemangku perdana menteri China pada bulan November 1987 dan menjadi perdana menteri pada bulan April 1988. Perdana menteri mengetuai segala operasi kerajaan. Sejak tahun 1985, Li menganggotai Politburo , iaitu badan utama yang membuat dasar bagi Parti Komunis China. Dia menumpukan kerjayanya kepada pembangunan sumber tenaga. Kebangkitannya sebagai seorang pemimpin yang berkuasa menggambarkan minat China yang bertambah dalam pembangunan teknologi pada tahun 1980-an. |