PENGADILAN AHLI SIHIR SALEM | | UMUM | |
TIMBANG TARA | Timbang tara ialah pengadilan sesuatu pertikaian oleh seseorang atau lebih, keputusannya adalah muktamad dan terikat. Hakimnya dikenali sebagai penimbang tara atau lembaga timbang tara . Penimbang tara dipilih oleh pihak-pihak yang bertikai atau agensi berkecuali yang dilantik oleh mereka. Keputusan penimbang tara ini dikenali sebagai award . Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. | UMUM | |
ANTI-CHRIST | Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti- Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan, tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan tentang perang akhir antara yang baik dengan yang jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti- Christ muncul hanya dalam Warkah John yang Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai sejenis haiwan, satu bentuk Iblis. | UMUM | |
KRIMINOLOGI | Kriminologi ialah kajian saintifik tentang jenayah, penjenayah, kelakuan penjenayah dan sistem pengadilan jenayah. Ahli kriminologi membuat kajian yang memeriksa fakta-fakta yang berkaitan dengan jenayah. | UMUM | |
SALEM | Salem (pend. 38 264) ialah bandar di Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini merupakan salah sebuah bandar yang penuh sejarah di New England serta tempat pengadilan tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel, mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan keluaran kulit. Salem State College terletak di Salem. Banyak rumah yang bersejarah terletak di bandar ini termasuk rumah tempat lahir Nathaniel Hawthorne dan House of Seven Gables. | UMUM | |
DRACO | Draco ialah penggubal undang-undang Yunani yang memperkenalkan kod undang-undang bertulis pertama di Athens purba pada tahun 621 SM. Kod ini direka untuk mengurangkan rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh ketidakadilan sistem pengadilan Athens | UMUM | |
TE KOOTI | Te Kooti (1831–1893) ialah pahlawan Maori yang menjadi ketua dan pemimpin yang teragung semasa Perang New Zealand. Pada tahun 1865, pasukan polis dan askar yang sedang memburu anggota pergerakan pemberontakan Hau Hau telah menahannya kerana mereka mengesyakinya sebagai perisik Hau Hau. Tanpa membawanya ke muka pengadilan, kerajaan terus membuangnya ke Kepulauan Chatham, iaitu sebuah kumpulan pulau lebih kurang 725 kilometer ke timur New Zealand. | UMUM | |
PUNCH DAN JUDY | Punch dan Judy ialah watak utama dalam sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di England . Punch ialah si bongkok yang berhidung bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali . Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat. | UMUM | |
PUSAT PENYALINAN MANUSKRIP | PUSAT PENYALIN MANUSKRIP, tempat penyalinan teks sastera tradisional. Semenjak masyarakat Melayu menguasai tulisan Jawi pada sekitar abad ke-16, istana raja selain menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, turut menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, turut menjadi pusat aktiviti keilmiahan seperti menjadi pusat pengajian keagamaan, tempat perbincangan masalah agama, tempat pengaduan dan pengadilan. Istana juga menjadi tempat berkumpulnya orang yang tahu membaca menulis sehingga ada di kalangan mereka yang dilantik sebagai pujangga istana. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
ZAINI OJE @ OZEA | ZAINI OJE @ OZEA (1951- ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian. Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri. Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris. Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985. Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984). | SASTERA | Tokoh |