PENGAIRAN | | UMUM | |
PENGAIRAN | Kaedah moden dalam sistem pertanian. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY | Rancangan Pergunungan Snowy ialah projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera Awam Amerika menggelarnya sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan. | UMUM | |
TAKUNGAN AIR | Takungan air ialah suatu tempat air disimpan dalam jumlah yang banyak untuk tujuan pengairan, penjanaan kuasa elektrik, pembekalan air dan rekreasi. Sesebuah takungan air mungkin semula jadi atau dibina oleh manusia. Tasik semula jadi mungkin dijadikan tempat takungan air yang membekalkan air untuk beberapa buah bandar. | UMUM | |
PERLADANGAN KERING | Perladangan kering ialah proses menanam tanaman di kawasan separa kontang tanpa pengairan. Kawasan separa kontang menerima sedikit hujan semasa musim penanaman. Oleh itu, peladang di kawasan ini cuba menambah amaun air yang menyerap ke dalam tanah semasa musim hujan dan salji. Semasa musim pertumbuhan, tanaman menyerap air yang tersimpan dalam tanah. | UMUM | |
EMPANGAN SUNGAI MUDA | Empangan Sungai Muda ialah sebuah empangan utama yang digunakan untuk Skim Pengairan Sungai Muda di Dataran Kedah. | UMUM | |
SHEPPARTON | Shepparton (pend. 31 171ialah bandar di Victoria, Australia. Shepparton terletak di Sungai Goulburn, kira-kira 180 kilometer ke utara Melbourne. Shepparton ialah bandar utama di Lembah Goulburn yang subur dan pusat Skim Pengairan Lembah Goulburn. Shepparton mempunyai beberapa buah industri, sebuah pusat membeli-belah yang sangat baik, dan pelbagai kemudahan sukan dan kebudayaan, termasuk sebuah pusat sivik dan galeri seni Shepparton pada asalnya dikenali sebagai McGuire’s Punt. Pada tahun 1853, bandar ini telah dinamakan semula sebagai Shepparton sempena nama perintisnya Sherbourne Sheppard, yang menetap di daerah itu pada tahun 1843. Ia telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1949. | UMUM | |
SUNGAI SNAKE | Sungai Snake ialah cawangan (cabang) utama Sungai Columbia di Amerika Syarikat. Ia berpunca di Wyoming berhampiran Continental Divide di Taman Negara Yellowstone. Sungai ini kemudiannya mengalir ke selatan melalui Taman Negara Grand Teton. Ia kemudian membelok ke barat dan mengalir merentasi Dataran Sungai Snake di selatan Idaho. Projek pengairan, empangan, dan air terjun membekalkan air untuk kuasa serta pengairan. | UMUM | |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |
SALE | Sale (pend. 13 853) ialah bandar di daerah Gippsland, Victoria, Australia. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Sale terletak di Sungai Thomson, iaitu cabang Sungai La Trobe dan dikelilingi oleh daerah pertanian, padang ragut, ladang tenusu, dan pengairan. Industrinya meliputi kilang plastik dan syarikat perkhidmatan yang berkaitan dengan industri minyak luar pantai dan gas. | UMUM | |