Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAJIAN MELAYU DI CHINA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian.  Pusat pengajian Melayu  yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang.  Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini.  Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting.  Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia.  Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China.  Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu. 

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI AUSTRALIA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI AUSTRALIA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Australia ditubuhkan pada tahun 1956.  Kerajaan Australia telah meminta tiga buah universiti iaitu, University of Sydney, University of Melbourne dan Canberra University College (kini Australian National University) menyediakan pengajaran dalam Pengajian Melayu dan Indonesia.  Kini, terdapat Jabatan Pengajian Melayu dan Indonesia di hampir setiap universiti utama di Australia.  Bahasa Melayu dan Indonesia juga diajar secara meluas di sekolah menengah, malah di sekolah rendah di Australia.

BAHASABahasa
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI JERMAN, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium.  Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen.  Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara.  Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara.  Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI PERANCIS

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI PERANCIS, pusat pengajian bahasa Melayu.  Penubuhan pusat pengajian bahasa Melayu di Perancis bermula dengan wujudnya jawatan Gabenor Pengajian Bahasa Melayu di Eropah, iaitu di Ecole des Langues orientales pada  2 September 1844.  Jawatan ini disandang oleh Edmund Dulaurier.   Dia telah menterjemah Kitab Pelayaran Abdullah pada tahun 1850 dan menyusun kamus tetapi tidak diterbitkan.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika.  Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia.  Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969.  setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini.  Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI LUAR NEGARA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI LUAR NEGARA, pengajian Melayu di beberapa pusat di luar negara.  Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara ditubuhkan di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Belanda, China, Itali, Jerman, Rusia, Thailand, United Kingdom, Australia, Poland dan Filipina.  Tertubuhnya pusat ini ekoran daripada minat beberapa pedagang Barat terhadap bahasa Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI AMERIKA SYARIKAT, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pusat ini berkembang sesudah Perang Dunia Kedua.   Namun sebelum itu orang Amerika pernah menyumbang karya mereka dalam bidang pengajian Melayu.  Pengkaji Amerika pertama yang belajar bahasa Melayu ialah David Woodard yang ditawan di Sulawesi Tengah pada tahun 1793.  Laporan dan senarai kosa katanya diterbitkan di London pada tahun 1805.  Pada masa itu juga terdapat ramai pelaut Amerika yang lain terlibat dalam perdagangan lada hitam di Sumatera, dan surat mereka terkumpul dalam koleksi khusus di Amerika.

BAHASABahasa
PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI RUSIA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow).  Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow.  Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun.  Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas