PENGAKUAN SALAH | | UMUM | |
PENGAKUAN PARIYEM | PENGAKUAN PARIYEM, prosa lirik karya Linus Suryadi. Judul lengkap prosa lirik ini adalah Pengakuan Pariyem, Dunia Batin Seorang Wanita Jawa. Pengakuan Pariyem diterbitkan oleh Penerbit Sinar Harapan, Jakarta pada tahun 1981 dan diulang cetak pada tahun 1981, 1984 dan 1988. Prosa lirik ini ditulis dalam masa tiga tahun (1978-1980). | SASTERA | Karya |
SYAHADAH | lafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah | AGAMA | Konsep |
PERTIMBANGAN | Pertimbangan melibatkan pemahaman dan pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan sesuatu perkara yang lain. | UMUM | |
ASCH, SHOLEM | Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish. Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha mencari kesucian. | UMUM | |
BAI'AH | Bai’ah ialah pengiktirafan atau pengakuan taat setia seseorang atau sekumpulan orang kepada ketua atau pemerintah yang baru dilantik. | AGAMA | Konsep |
TAWARAN RAYUAN | Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan oleh defenden dalam kes jenayah dengan bersetuju untuk mengaku bersalah daripada menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain, pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90 peratus daripada defenden mengaku bersalah dan kebanyakannya hasil daripada tawaran rayuan. | UMUM | |
SELASA | Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya ( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday (Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan paderi pada hari itu dan orang yang mengaku kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi. Lihat juga Minggu. | UMUM | |
SA‘D IBN ‘UBADAH | Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah, berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih salah seorang daripada 12 orang ketua. | UMUM | |