PSIKOLOGI GESTALT | Psikologi Gestalt merupakan satu aliran psikologi yang menekankan kajian tentang pengalaman sebagai suatu kesatuan yang menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman yang paling mustahak. Menurut mereka, keseluruhan pola memberi makna kepada setiap unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan pola adalah lebih penting daripada jumlah bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau susuk . | UMUM | |
DIARI | Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak gemar orang lain membaca diari mereka. | UMUM | |
REVIVALISME | Revivalisme merupakan pendekatan terhadap agama yang menekankan pengalaman keagamaan seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan penuh emosi. | UMUM | |
MIMPI BURUK | Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau pengalaman seperti mimpi yang membangunkan orang yang tidur. Selepas terjaga daripada kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh mengingati semula mimpi yang menyebabkan ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi (lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]). | UMUM | |
EMPIRISISME | Empirisisme ialah pendekatan falsafah yang menyatakan bahawa pengalaman ialah sumber pengetahuan yang penting. Ia menjadi falsafah bagi kebanyakan ahli sains. | UMUM | |
METAFORA | Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang diambil daripada satu bidang pengalaman dan digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, “He’s a sly fox,” kita menggunakan metafora, iaitu kita menggunakan nama haiwan untuk menerangkan manusia. Metafora menyatakan perbandingan tanpa menggunakan kata “like” atau “as”. Penyataan “He is like a sly fox” or “He is sly as a fox” ialah perumpamaan (lihat Perumpamaan). | UMUM | |
KAEDAH INDUKTIF | Kaedah induktif ialah proses berfikir iaitu apabila seseorang itu bermula dengan pengalaman tertentu dan kemudiannya membuat kesimpulan secara umum. | UMUM | |
MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk “pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan – nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
POSITIVISME | Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte, ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk positivisme yang pertama pada tahun 1800-an. Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai positivisme logik , diperkembangkan pada tahun 1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang dikenali sebagai Lingkaran Vienna. | UMUM | |
SYDENHAM, THOMAS | Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang doktor Inggeris yang paling dikagumi pada zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil pesakit dan amalan perubatan hendaklah didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan membaca buku atau menggunakan teori. Dia merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan huraian yang sangat baik tentang gout, demam skarlet, campak dan influenza. | UMUM | |