PENGALIR KILAT | | UMUM | |
KABEL SEPAKSI | Kabel sepaksi ialah pengalir elektrik yang terdiri daripada dawai pengaliran bertebat pusat yang dikelilingi oleh perisaian pengaliran berbentuk tiub yang fleksibel. Kabel jenis ini diistilahkan sepaksi kerana pengalir pusat dan perisaian luar mempunyai paksi yang sama. | UMUM | |
KONDUKTOR ELEKTRIK | Konduktor elektrik lihat Arus elektrik (Pengalir dan penebat). | UMUM | |
ELEKTROPENYADURAN | Elektropenyaduran ialah proses membubuh salutan logam pada sesuatu logam atau permukaan pengalir yang lain dengan menggunakan arus elektrik. | UMUM | |
STIROFOAM | Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk plastik yang dikenali sebagai busa polistirena. Ia mengandungi berjuta-juta gelembung udara yang halus, yang menjadikannya nipis dan pengalir haba yang tidak baik. Stirofoam hanya menyerap air dalam kadar yang amat sedikit, manakala bakteria dan kulapuk tidak boleh merosakkannya. | UMUM | |
KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi –148 ° C. | UMUM | |
OHM | Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak merintang dinamakan pengalir . Bahan yang banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan arus ( I ), diukur dalam ampere . Ohm = volt atau R = E ampere I | UMUM | |
SEL BAHAN API | Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri adalah bahan api dan pengoksida dan habis digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah. | UMUM | |
NIOBIUM | Niobium juga dikenali sebagai kolumbium , mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur logam yang lembut, berwarna putih perak atau kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu kerana ia membolehkan neutron tembus dengan mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau. | UMUM | |
PAIP HABA | Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih banyak haba per unit keluasan daripada pengalir logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak. Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba, paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat. | UMUM | |