Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.Öa.mal]/[pe.nga.mal] | ڤڠعمل

Definisi : orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.Öa.mal]/[pe.nga.mal] | ڤڠعمل

Definisi : orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengamal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
AKTA PERUBATAN 1971

Akta Perubatan 1971, akta yang memperuntukkan pendaftaran, amalan dan peraturan tatatertib pengamal perubatan. Akta ini digubal dan berkuat kuasa pada bulan September 1971.

UNDANG-UNDANGAkta
DUKUN

DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk.

BUDAYAKonsep
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA

PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa.  Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.  Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta.  Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu.  Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak.

BAHASAPersatuan
TAREKAT QADIRIYAH

TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad.  Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib.  Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali.  Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah.  Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali.  Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf.  Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya.  Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’.  Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat).  Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep
JAMAAT TABLIGH

JAMAAT TABLIGH,  gerakan dakwah Islamiah.  Gerakan ini diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944), yang berasal dari Kandhela, India.  Dia mendapat pendidikan awal di Kuttub dan pernah berguru dengan Maulana Rashid Ahmad Gungohi di Gungoh (1908) dan belajar di Darul Ulum, Deoband (1908).  Pada tahun 1910, dia mengajar di Madrasah Mazhar al-Ulum di Baharanpur.  Dia adalah pengikut dan pengamal tasawuf  melalui tarekat Cistiyah daripada cabang Sabiriyah dan terpengaruh oleh ajaran tarekat Naksyabandiyah, Qadiriyah dan Suhrawardiyah. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas