Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.na.li.si.san] | ڤڠاناليسيسن

Definisi : perbuatan (proses) meng­analisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.na.li.si.san] | ڤڠاناليسيسن

Definisi : hal atau perbuatan menganalisis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganalisisan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESUSASTERAAN RUSIA

Kesusasteraan Rusia meliputi beberapa buah

karya agung terunggul yang pernah dihasilkan.

Penulis Rusia menggunakan semua bentuk

kesusasteraan, tetapi terkenal kerana novel dan

puisi. Gaya penulisan, isi, dan penganalisisan watak

yang tajam adalah antara sifat yang menjadikan

karya Rusia antara yang terbaik. Karya Rusia yang

paling dikenali memperlihatkan keprihatinan yang

mendalam terhadap masalah moral, keagamaan,

dan falsafah.

UMUM 
MANUSIA PERAK

MANUSIA PERAK, rangka manusia yang lengkap dan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia lelaki yang berusia antara 40 hingga 45 tahun ini adalah daripada ras Australomelanesoid. Nama ‘Manusia Perak’ bersempena dengan tempat rangka itu ditemui iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manusia Perak ditemui dalam keadaan in-situ dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Dengan itu, data dapat digunakan untuk penganalisisan dan interpretasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas