TAPAI | Tapai, penganan yang dibuat daripada beras pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja, tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais krim. | UMUM | |
WAJIK | WAJIK, penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula dan santan. Wajik juga dinamakan pulut kacau di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan nasi manis di kawasan selatan. Wajik yang dibuat daripada gula merah biasanya lembut jaringannya dan di utara, wajik jenis ini dinamakan pulut kacau gula merah. | BUDAYA | Makanan |
KUIH-MUIH | KUIH-MUIH, penganan atau juadah yang dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kuih basah dan kuih kering. | BUDAYA | Konsep |
HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |