| LIF | Lif ialah alat pengangkutan yang membawa orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan. Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang membawa orang atau barang. Tetapi perkataan ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali sebagai “elevator”. | UMUM | |