Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nia.ya.an] | ڤڠانياياءن

Definisi : perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nia.ya.an] | ڤڠانياياءن

Definisi : perbuatan menganiaya; penyeksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganiayaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM 
PLAUTUS

Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom

yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi

Baru Yunani yang menekankan pemuda yang

mencintai hamba perempuannya, kekeliruan

identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang

terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi

Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik

pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak

membimbangkannya kerana dia hanya

menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa.

Dia pakar dalam dialog, menulis tentang

kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta,

dan penganiayaan.

UMUM 

Kembali ke atas