BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU | BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. | BAHASA | Konsep |
AYN | ‘AYN, kumpulan puisi keempat Kemala, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983. Kumpulan ini memasukkan pengantar Profesor Dato’ Haji Shahnon Ahmad (vii-xx) tentang permasalahan dunia puisi dalam Islam. | SASTERA | Penerbitan |
SEKOLAH ALAM SHAH | SEKOLAH ALAM SHAH, sekolah menengah berasrama penuh pertama yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah menengah. Sekolah Alam Shah terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan sekolah ini adalah hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Razak pada tahun 1956. Sekolah ini menjadi jambatan yang menyediakan peluang kepada pelajar aliran Melayu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, universiti kebangsaan pertama dalam sejarah pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Universiti ini ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bertempat di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Seramai 190 orang pelajar telah diambil memulakan pengajian tahun pertama dengan 73 orang tenaga pengajar. Dr. Rashdan Baba dari Kolej Pertanian Serdang (Malaya) telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PUISI BAHARU MELAYU II | PUISI BAHARU MELAYU II, antologi puisi yang memuatkan 174 buah puisi karya 57 orang penyair. Antologi ini disusun dan diberi kata pengantar oleh Ali Haji Ahmad, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1961. | SASTERA | Karya |
WANITA | WANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia. Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura. Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan oleh Nas Achnas. Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa itu | SASTERA | Konsep |
SELESAI SUDAH | SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad. Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando. Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” dan “Igau” (1971), “Lagu Kitkitkit” (1972), “Tak Keruan”, “Kelapa Nan Sebatang” dan “Perempuan” (1973). | SASTERA | Karya |
SALAM BENUA | SALAM BENUA, kumpulan puisi dwibahasa Sasterawan Negara Usman Awang. Kumpulan puisi ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Greetings to the Continent. Salam Benua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982. Kata pengantar ditulis oleh Rahman Shaari. Salam Benua merupakan kumpulan puisi Usman Awang yang keempat setelah Gelombang (1961), Duri dan Ali (1966) dan Kaki langit (1971). | SASTERA | Karya |
PUISI BAHARU MELAYU III | PUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. | SASTERA | Karya |
TIGA CATATAN PERJALANAN | TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997. | SASTERA | Penerbitan |