MANDI SAFAT | MANDI SAFAT, upacara mandi untuk pengantin baharu dengan tujuan menolak bala. Upacara mandi safat dikenal juga sebagai mandi sampat dan diamalkan sejak sebelum kedatangan Islam. Upacara ini melibatkan aspek pemujaan, dan kepercayaan kepada semangat serta menilik keraksian pasangan pengantin. Dengan kedatangan Islam, upacara ini disesuaikan dengan ajaran agama itu. | BUDAYA | Kepercayaan |
KUZI | KUZI, makanan yang bahan utamanya ialah ayam atau kambing. Kuzi mempunyai pengaruh Arab dan popular di Johor, Kelantan dan utara Semenanjung. Kuzi kerap disajikan sebagai hidangan pengantin atau dijadikan lauk hantaran pengantin perempuan. | BUDAYA | Konsep |
SIMON, NEIL | Simon, Neil (1927– ) ialah penulis drama Amerika. Komedi dan muziknya terkenal menjadikannya penulis drama yang paling komersial dalam sejarah teater Amerika. Marvin Neil Simon lahir di New York City. Drama pertamanya merupakan komedi ringan yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961). Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada pengalamannya sebagai pengantin baru yang tinggal di flat di New York. | UMUM | |
PAKAIAN PERKAHWINAN | PAKAIAN PERKAHWINAN, pakaian yang dipakai oleh pengantin di majlis perkahwinan. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain songket, broked atau kain renda yang bermutu tinggi. | BUDAYA | Pakaian |
KAIN KERIKAM | KAIN KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam ‘kelingkan’ warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PERTUKANGAN | PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin. | BUDAYA | Kraf Tangan |