Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.nu.ge.ra.han] | ڤڠانوݢرهن

Definisi : pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.nu.ge.ra.han] | ڤڠانوݢرهن

Definisi : penyampaian atau pemberian anugerah; perbuatan (hal dsb) menganugerahi atau menganugerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganugerahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEHIN

PEHIN, pembesar kerajaan Brunei.  Pembesar kerajaan yang dianugerahi gelaran pehin biasanya daripada golongan kaum bangsawan awang-awang.  Mereka memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan.  Penganugerahan gelaran pehin dibuat atas nama rakyat yang diwakili, sama ada mengikut daerah, kampung atau golongan tertentu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
ANUGERAH RAMON MAGSAYSAY

 

ANUGERAH RAMON MAGSAYSAY,  anugerah penghormatan yang diberikan kepada individu  dan pertubuhan di Asia setiap tahun, sempena memperingati jasa Ramon Magsaysay, Presiden Filipina, yang meninggal dunia pada 17 Mac 1957.  Anugerah ini telah dicadangkan oleh John D. Rockfeller III, melalui sepucuk surat kepada Presiden Filipina ketika itu, Charles P. Garcia pada 30 April 1957.  Majlis penganugerahan diadakan di Manila pada 31 Ogos setiap tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas