SALIB | Salib ialah simbol paling lazim bagi agama Kristian. Salib merupakan palang yang padanya Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan peranan utama dalam menghapuskan dosa manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan penganut Kristian menggunakan simbol salib yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan Protestan sebahagian besarnya menggunakan salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak dengan palang melintang yang pendek sedikit yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak gereja Ortodoks Timur menggunakan salib Yunani yang mempunyai empat palang yang sama panjang yang bertemu di tengah-tengah. | UMUM | |
KRISTIANISASI | Kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Pelbagai kaedah dan strategi yang teratur digunakan sehingga agama Kristian dapat diterima ramai. | UMUM | |
DOUKHOBOR | Doukhobor, juga dieja Dukhobor ialah penganut satu mazhab Kristian di barat Kanada. | UMUM | |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA | pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
DESERET | Deseret ialah perkataan yang bermakna lebah madu dalam Kitab Mormon. Penganut mazhab Mormon menjadikan lebah madu sebagai simbol kerja kuat untuk mencapai kejayaan di kediaman mereka di Salt Lake Valley, Amerika Syarikat. | UMUM | |
KARMA | Karma ialah konsep penting dalam beberapa kepercayaan dari Timur terutama Hinduisme, Buddhisme, dan Jainisme. Penganut agama ini percaya bahawa kewujudan makhluk di dunia adalah satu kitaran kematian dan kelahiran semula yang berterusan. | UMUM | |
ARMINIUS, JACOBUS | Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran tentang pandangan penganut berfahaman Calvin yang amat taksub tentang takdir , kenyataan bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak. Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih dahulu siapa yang percaya kepada Jesus. Bagaimanapun, setiap individu masih boleh menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar bahawa setiap orang akan terjamin untuk terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin Arminius ini dinamakan Arminianisme. | UMUM | |
MENYAPU MINYAK SUCI PADA PESAKIT | Menyapu minyak suci pada pesakit ialah sakramen atau upacara suci yang diamalkan oleh penganut Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja Ortodoks Timur. | UMUM | |
SHIVA | Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya semula. | UMUM | |
SYINTO | Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih diamalkan di Jepun. Perkataan Syinto bermakna cara tuhan. Penganut Syinto menyembah banyak tuhan, yang dikenali kami. Menurut Syinto, kami ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok, dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto juga menganggap kami sebagai daya asas dalam proses seperti penciptaan sesuatu kejadian, penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan. | UMUM | |