Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.pit] | ڤڠاڤيت

Definisi : pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.pit] | ڤڠاڤيت

Definisi : 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.pit] | ڤڠاڤيت

Definisi : orang yg menjadi teman pengantin dlm majlis perkahwinan; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nga.pit] | ڤڠاڤيت

Definisi : 1 orang yg menemani atau membantu raja dll; pembantu atau teman: ~ pengantin orang yg menjadi teman pengantin dlm majlis perkahwinan; ~ raja raja muda. 2 alat yg digunakan utk menyepit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nga.pit] | ڤڠاڤيت

Definisi : 1 alat utk mengapit. 2 orang yg di kiri dan di kanan pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapit (kata nama)
1. Bersinonim dengan iringan: teman, kawan, pembantu,

2. Bersinonim dengan sepit: himpit, lindis, tekan, gigit, kacip,

Kata Terbitan : berkapit, mengapit, terkapit, pengapit,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARETHUSA

Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi

Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan

Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis.

Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan

Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus

mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam

perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana

kasihankan perempuan itu, Artemis

menukarkannya menjadi mata air. Namun

demikian, Alpheus berjaya menawannya dan

kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani

menggunakan mitos ini untuk menerangkan

mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir

ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam

Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan

dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy

Bysshe Shelley.

UMUM 

Kembali ke atas