MAAZEL, LORIN | Maazel, Lorin (1930– ) ialah pemimpin muzik Amerika, yang pertama berkhidmat sebagai pengarah Vienna State Opera di Austria. Jawatan itu disandang dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada tahun 1960, Maazel menjadi pemimpin Amerika yang pertama di Bayreuth Fastival yang terkenal di Jerman. Maazel menjadi pengarah muzik pasukan Cleveland Orchestra dari tahun 1972 hingga tahun 1986. Maazel juga pernah memimpin beberapa orkestra di merata dunia. | UMUM | |
NICHOLS, MIKE | Nichols, Mike (1931– ), pengarah Amerika yang terkenal kerana kerjayanya dalam filem dan mengarahkan pementasan. Nichols memenangi Academy Award melalui filem arahannya yang kedua The Graduate (1967). Filemnya yang lain termasuk Who’s Afraid of Virginia Wolf? (1965), Catch-22 (1970), Carnal Knowledge (1971), Silkwood (1983), Working Girl (1988), dan Postcards from the Edge (1990). | UMUM | |
SPIELBERG, STEVEN | Spielberg, Steven (1947– ) ialah pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat. Dia ialah juruteknik istimewa yang mempunyai kepakaran dalam mengolah ceritanya dengan gaya yang mendebarkan. | UMUM | |
RENOIR, JEAN | Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem Perancis. Filemnya banyak mendedahkan kelemahan manusia dan mencemuh sikap masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36 buah filem termasuk dua buah filem yang paling digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan The Rules of the Game (1939) menyindir perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada sebuah parti hujung minggu. | UMUM | |
NICHOLSON, JACK | Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang sombong dan biadab atau individu yang berjiwa bebas dan menolak masyarakat konvensional. Nicholson memenangi Academy Award pada tahun 1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam Terms of Endearment. | UMUM | |
ADAMSON, JOY | Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis, yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur. Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan. | UMUM | |
ANTONIONI, MICHELANGELO | Antonioni, Michelangelo (1912– ) ialah pengarah filem Itali. Dia mula terkenal dengan kaedah pengarahannya yang menekankan simbol visual berbanding dengan plot dalam sesebuah filem. Filem Antonioni yang disanjung, L’Avventura ( The Adventure , 1960) dan La Notte ( The Night , 1960) menceritakan kisah orang yang hilang pedoman hidup walaupun berjaya dari segi kewangan. | UMUM | |
ZINNEMANN, FRED | Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali kerana berjaya mempamerkan watak dengan begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man for All Seasons (1966). Filemnya yang utama termasuk The Seventh Cross (1944), The Search (1947), The Men (1950), The Member of the Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma! (1955), The Nun’s Story (1958), The Sundowners (1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977). | UMUM | |
ALLEN, WOODY | Allen, Woody (1935– ) ialah pelakon, pengarah, pengarang, dan pelawak Amerika. Allen menulis, mengarah, dan membintangi banyak filem komik. | UMUM | |
REDFORD, ROBERT | Redford, Robert (1937– ) ialah pelakon dan pengarah filem Amerika. Redford telah melakonkan pelbagai watak. | UMUM | |