Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Burung merpati terbang melambung,
     Mari hinggap di awan putih;
Buah hati pengarang jantung,
     Tuan seorang penyudah kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAMA PENA

Nama pena ialah nama yang digunakan oleh

pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar.

Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran .

Ribuan pengarang menggunakan nama pena.

Kebanyakannya adalah novelis popular yang

menggunakan lebih daripada satu nama pena

untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya

yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis

kadangkala menggunakan nama pena untuk

menyembunyikan identiti mereka atas alasan

perundangan, untuk melindungi peribadi mereka

atau kerana mereka menangani karya yang bersifat

sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800-

an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena

lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap

penulis wanita.

UMUM 
STRATEMEYER, EDWARD

Stratemeyer, Edward (1862–1930) ialah

pengarang Amerika yang mencipta banyak watak

popular dalam kesusasteraan kanak-kanak. Lebih

kurang pada tahun 1903, dia menubuhkan

Stratemeyer Syndicate, yang menggaji sekumpulan

pengarang yang telah menulis banyak buku.

Stratemeyer menulis–atau memberikan garis

panduan bagi orang lain untuk menulis – lebih

daripada 800 buah buku kanak-kanak, yang

diterbitkan dengan menggunakan lebih daripada

60 nama pena.

UMUM 
NAMA SAMARAN

Nama samaran ialah nama rekaan yang

digunakan oleh pengarang dan orang lain yang

ingin menyembunyikan identiti sebenarnya, atau

hanya ingin dikenali dengan nama lain. Satu nama

samaran pengarang yang termasyhur ialah Mark

Twain, iaitu nama yang digunakan oleh humoris

Amerika, Samuel Langhorne Clemens. “Nama

pentas” yang digunakan oleh pelakon lelaki dan

pelakon wanita adalah juga jenis nama samaran.

Lihat juga Nama (Nama-nama lain).

UMUM 
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
AUSTRALIA, KESUSASTERAAN

Australia, Kesusasteraan . Kesusasteraan di

Australia merupakan kumpulan besar penulisan

dalam bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh para

pengarang yang lahir atau tinggal di Australia.

Semenjak Australia menjadi negara berkerajaan

sendiri pada awal tahun 1900-an, kesusasteraan

Australia telah menjadi sebahagian daripada

pergerakan kesusasteraan pasca penjajahan umum

yang juga termasuk kesusasteraan Kanada, New

Zealand, India, dan Afrika. Pengarang Australia

kebanyakannya berketurunan peneroka atau penjajah

Eropah yang mula tiba di Australia pada tahun 1780-

an. Hasilnya, kesusasteraan Australia mempunyai

ikatan dengan tradisi kebudayaan Eropah. Tetapi ia

juga telah mengembangkan tema dan gaya

kesusasteraannya yang tersendiri, yang menunjukkan

banyak respons pengarang terhadap negara baru.

UMUM 
DEWAN SISWADEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang.SASTERAPenerbitan
TUN SERI LANANGTokoh pengarang yang terkemuka dalam sejarah kesusasteraan Melayu klasik.SASTERATokoh
AUBREY, JOHN

Aubrey, John (1626–1697), pengarang dan

antikuari, yang paling diingati tulisannya, Brief

Lives , sebuah koleksi anekdot mengenai tokoh-

tokoh terkenal seperti Francis Bacon, Ben Jonson

dan Sir Walter Raleigh. Ia menghiburkan,

kadang-kala berunsur fitnah dan sering tidak

tepat. Sebagai seorang antikuari, Aubrey

menemui bulatan batu besar di Avebury dan

lubang di Stonehenge yang dinamakan sempena

namanya. Dia mencadangkan bahawa

Stonehenge dan bulatan batu lain pada asalnya

adalah kuil Druids. Aubrey lahir di Easton Piercy,

berhampiran Chippenham, di Wiltshire, England.

UMUM 
ASIMOV, ISAAC

Asimov, Isaac (1920–1992), pengarang

Amerika. Dia mengarang kira-kira 400 buah buku

untuk pembaca muda dan pembaca dewasa,

kebanyakannya bukan fiksyen yang menitik-

beratkan sains dan teknologi. Tetapi dia paling

terkenal kerana fiksyen sainsnya.

UMUM 
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas