SAFAWIYYAH, KERAJAAN | Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735 M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al- Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al- Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah) dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524 M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah (dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy). | UMUM | |
SISTERS OF MERCY | Sisters of Mercy ialah biarawati yang menganggotai mazhab Roman Katolik. Misi utama Sisters of Mercy ialah menjaga orang miskin dan orang sakit — terutamanya wanita yang menderita — dan mendidik golongan muda. Kumpulan ini diasaskan di Dublin pada tahun 1827. Pengasasnya dan ketua biarawati yang pertama ialah Catherine McAuley (Mother Mary Catherine). | UMUM | |
THEILER | Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang menjadi terkenal di peringkat antarabangsa. Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan, tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan sebagai pengasasnya. | UMUM | |
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF | MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud ‘menghidupkan kemuliaan’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PESANTREN RASYIDIYAH KHALIDIYAH | PESANTREN RASYIDIYAH KHALIDIYAH, institusi pendidikan Islam yang terletak di Amuntai, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada tahun 1920-an. Nama pesantren ini mengambil sempena nama pengasasnya Kiai Haji Abdurrasyid dan Kiai Haji Muhammad Khalid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
HANBALI | Hanbali, salah satu mazhab dalam Islam. Namanya diambil sempena nama pengasasnya iaitu Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Syaibani. | AGAMA | Tokoh |
HANAFI | Hanafi, salah satu mazhab dalam Islam. Nama ini diambil sempena nama pengasasnya, iaitu Abu Hanifah al-Nu‘man bin Thabit al-Taimi al-Kufiy yang berbangsa Parsi. | AGAMA | Tokoh |
MARGA | MARGA, suatu organisasi sosial yang asas bagi masyarakat Batak. Konsep marga diamalkan oleh masyarakat Batak di Sumatera Utara, Indonesia. Setiap marga mempunyai nama pengasasnya (nama keluarga). Sumatera Utara mempunyai beberapa suku bangsa Batak yang mendiami kawasan tertentu. Misalnya, suku bangsa Karo mendiami bahagian utara Tapanuli dan suku bangsa Simalungun mendiami bahagian timur-laut Tapanuli. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa tiada suku bangsa lain di kawasan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PUSTAKA NASIONAL | PUSTAKA NASIONAL, penerbit Melayu Singapura. Pustaka Nasional ditubuhkan di Singapura pada tahun 1963 di No. 40, Kandahar Street. Pengasasnya ialah Syed Ahmad Semait. Tujuan utama pustaka ini ditubuhkan adalah untuk mengisi kurangnya penerbitan buku-buku dan majalah berbahasa Melayu di Singapura. Pada masa itu, kebanyakan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu di bawa masuk dari Indonesia. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR | PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu. Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888. Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor). Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris). | BAHASA | Bahasa |