Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.tur] | ڤڠاتور

Definisi : 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.tur] | ڤڠاتور

Definisi : orang yg mengatur; alat utk mengatur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengatur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERGENTHALER, OTTMAR

Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka

cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat

peranti yang mempunyai papan kekunci yang

menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan

mengatur seluruh baris huruf secara serentak.

UMUM 
TELEPENGATUR HURUF (TPH)

Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin

elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia

menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu

tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia

menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini

dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin

ini secara automatik akan menjadikan salinan ini

dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak

akhbar.

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas