PENGAWAL YEOMEN | | UMUM | |
PENGAWAL SWITZERLAND | | UMUM | |
PENGAWAL PRAETOR | | UMUM | |
PENGAWAL IMBANG | | UMUM | |
PENGAWAL DIRAJA | | UMUM | |
NOLAN, SIR SIDNEY | Nolan, Sir Sidney (1917–1992), pelukis terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun 1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini, namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya dengan cara yang sungguh menarik dan menakjubkan. | UMUM | |
SAMURAI | Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai, bangsawan feudal yang dikenali sebagai daimyo atau daimio dan shogun. Lebih kurang lima orang daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam kumpulan ini. | UMUM | |
AKITA | Akita ialah sejenis anjing yang berasal dari utara Jepun. Pada suatu ketika dahulu, anjing Akita digunakan untuk memburu beruang dan binatang besar yang lain. Kadangkala anjing Akita ini disebut anjing diraja Jepun kerana maharaja memelihara anjing ini sebagai anjing kesayangan dan mainan. Kini orang Jepun menggunakan Akita sebagai anjing pengawal dan anjing polis. | UMUM | |
GESTAPU | GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |