Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.was] | ڤڠاوس

Definisi : orang yg mengawasi, orang yg menjaga; ~ hutan orang yg mengawasi hutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.was] | ڤڠاوس

Definisi : orang yg mengawasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengawas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MISI PEDALAMAN AUSTRALIA

Misi Pedalaman Australia ialah organisasi yang

menyediakan bantuan kepada penduduk di kawasan

pedalaman Australia. Misi Pedalaman Australia ini

ditubuhkan oleh Gereja Presbyterian pada tahun

1912, selepas suatu laporan tentang kawasan

pedalaman dibuat oleh salah seorang paderinya,

John Flynn. Flynn kemudian menjadi penyelenggara

dan pengawas kerja misi ini. Paderi rondaan

pedalaman yang pertama – Robert Bruce Ploughman

di Australia Selatan dan William James Stephens di

Australia Barat –memulakan kerja mereka pada tahun

1913. Pada tahun 1928, misi ini menubuhkan

Perkhidmatan Perubatan Udara. Pada tahun

berikutnya, peti wayarles berpedal yang pertama

dipasang di Augustus Downs, di utara Queensland.

Pada tahun 1939, Perkhidmatan Perubatan Udara itu

menjadi Perkhidmatan Doktor Terbang.

UMUM 
MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI

MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930-     ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN

TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN (1922 -    ), Yang di-Pertuan Agong ke-10 (1994 -       ). Baginda diputerakan pada 19 Julai 1922 di Kelang, Selangor. Ketika itu ayahandanya bertugas sebagai pegawai tadbir di Kelang. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga tahun 1933. kemudian baginda melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak hingga tahun 1941. semasa belajar di maktab ini, baginda dilantik sebagai pengawas, di samping mengetuai pasukan sukan sekolah. Tuanku Jaafar kemudian melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura. Bagaimanapun pengajian baginda tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YUSUF ISHAK, TUN

YUSUF ISHAK, Tun,  (1910-1970), Presiden Republik Singapura yang pertama (1965-1970).   Dia lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Perak sebelum memasuki Victoria Bridge School, Singapura.  Yusuf lulus Sijil Cambridge dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 1927.  Dengan keputusan itu, dia diberi peluang meneruskan pelajarannya selama dua tahun di Raffles Institution Special Class, Singapura. Sejak di bangku sekolah, Yusuf seorang pelajar yang aktif dan sentiasa menjalankan apa saja tugas yang diberikan kepadanya.  Hal ini terbukti apabila dia dilantik sebagai seorang pengawas di sekolahnya.  Selain itu, dia juga pernah menganggotai pasukan kadet dan merupakan pelajar yang pertama di Singapura pernah dilantik sebagai leftenan muda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas