Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.wa.san] | ڤڠاوسن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.wa.san] | ڤڠاوسن

Definisi : perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengawasan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA

Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World

Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi

khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja

program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi

pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk

meramal cuaca. Program ini terdiri daripada

beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia,

satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh

dunia.

UMUM 
SEKOLAH PEMULIHAN AKHLAK

Sekolah pemulihan akhlak ialah institusi

pemulihan untuk pelanggar undang-undang yang

berumur lebih daripada 18 tahun, tetapi tidak

memerlukan pengawasan ketat. Sekolah

pemulihan akhlak sering digunakan untuk

mengasingkan pesalah yang lebih muda daripada

pesalah yang lebih tua. Sekolah ini menyediakan

khidmat kaunseling, latihan vokasional dan

program pembaikan yang lain.

UMUM 
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1973 sebagai badan berkanun persekutuan menerusi akta yang diluluskan iaitu yang dikenal sebagai Akta Pertubuhan Peladang 1973. Di bawah Seksyen 4 Akta ini, dijelaskan tujuan penubuhan LPP iaitu:

BUDAYAInstitusi/Organisasi
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERJANJIAN RENVILLE

PERJANJIAN RENVILLE (1948),  perjanjian antara Indonesia dengan Belanda.  Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda.  Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa.  Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
BERITA MALAIBERITA MALAI,  akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu).  Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu  dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun.  SASTERAKitab

Kembali ke atas