Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.wé.tan] | ڤڠاويتن

Definisi : perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.wé.tan] | ڤڠاويتن

Definisi : proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengawetan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAWETAN MAYAT UMUM 
PENGAWETAN MAKANAN UMUM 
PEMPROSESAN DAN PENGAWETAN MAKANANproses pemakanan dan pembungkusanPEMAKANANKaedah
PEMPROSESAN HILIRANProses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
OSMOSIS

Osmosis ialah pergerakan cecair dari satu larutan

ke dalam larutan lain melalui membran yang

memisahkannya. Proses ini perlu bagi kehidupan

benda hidup. Misalnya, tumbuhan menyerap

kebanyakan airnya melalui osmosis. Pada haiwan,

osmosis membantu mengawal aliran air di antara

bendalir badan dengan sel. Osmosis juga

mempunyai beberapa kegunaan industri, seperti

penulenan air dan pengawetan makanan.

UMUM 
MUMIA

Mumia ialah mayat yang telah diawet dan

dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir

purba percaya bahawa orang yang telah mati terus

hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara

selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup.

Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si

mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha

keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu

tahun kemudian, ahli kaji purba telah

menjumpai banyak mayat yang telah diawet di

dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh

dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang

Mesir. Mumia yang paling terkenal

kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan

Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir.

UMUM 

Kembali ke atas