Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cut] | ڤڠچوت

Definisi : orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cut] | ڤڠچوت

Definisi : orang yg kecut hati; penakut: Budak ~ itu sudah lari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,

Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 

Kembali ke atas