Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngé.dar] | ڤڠيدر

Definisi : 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau pembeli: ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngé.dar] | ڤڠيدر

Definisi : 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengedar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORSUTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS, penerbit dan pengedar buku.  Ia ditubuhkan pada 29 Mei 1976 dan merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.  Syarikat ini beralamat di No. 18, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.SASTERAInstitusi/Organisasi
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA)

Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

ialah pengeluar kereta nasional yang kedua.

PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat

PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat

induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai

pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai

syarikat pengedar dan penjual.

UMUM 
MARWILIS PUBLISHER & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

MARWILIS PUBLISHER & DISTRIBUTOR SDN. BHD., penerbit dan pengedar buku sastera serta buku umum. Syarikat milik Marwilis Haji Yusof ini ditubuhkan pada 21 April 1987. Pada awal penubuhannya, syarikat ini beribu pejabat di Semenyih, Selangor. Namun, bermula pada 15 April 1988, syarikat ini berpindah ke Kompleks PKNS di Shah Alam.

SASTERAInstitusi/Organisasi
WAJAH SELONG

WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka.  Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895.  Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya.  Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka.  Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka.  Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya,  Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas