Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.lo.la] | ڤڠلولا

Definisi : orang yg mengarah dan menga­wal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.lo.la] | ڤڠلولا

Definisi : orang yg mengelola atau mengelolakan sesuatu: ~ sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelola (kata kerja)
Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;,
Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAHYA SAMAHYAHYA SAMAH (1932-    ), penulis. Dia lahir pada 22 Mac 1932 di Hulu Kelang, Selangor.  Nama penuhnya ialah Yahya bin Abu Samah.  Dia juga menggunakan nama pena Yabas dalam penulisannya.  Yahya menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Kelang (1939-1947).  Kemudian dia menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1949-1952) dan Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai (1960-1962).  Mulai tahun 1967, dia berkhidmat pula dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.  Pada mulanya dia hanya menjadi pengarang Majalah Pemimpin, tetapi kemudiannya sebagai Pegawai Kebudayaan di Kuala Kubu Baharu dan sebagai Pengelola Kebudayaan Negeri Terengganu.  Sebelum bersara, dia pernah menjadi pengarang Majalah Gelanggang dan Pengurus Koperasi Belia Nasional (KOBENA).SASTERATokoh

Kembali ke atas