Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia membuat perbezaan kedudukan ini di dalam fikiran mereka dengan menganggap sesetengah mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas sosial dan menganggap proses pengelompokan sosial sebagai stratifikasi sosial. |