Atavisme, yang juga disebut pengembalian , ialah kemunculan semula secara tiba-tiba sesuatu ciri pada haiwan atau tumbuhan. Sebelum ini, ciri itu hanya pernah terdapat pada nenek moyang kuno haiwan atau tumbuhan itu. Ciri itu muncul semula disebabkan gen (unit kewarisan) diasing-asingkan semula menjadi gabungan yang tidak wujud pada nenek moyang baru (lihat Gen ). Misalnya, beberapa jenis tikus putih dan tikus hitam mungkin membiak betul-betul menurut warna sebenarnya selama beberapa generasi. Tetapi, jika tikus itu dikacukkan, warna anaknya mungkin kembali kepada warna nenek moyangnya dan kelihatan berlainan daripada ibu bapanya. |