ODYSSEY | Odyssey, sebuah puisi epik, berkemungkinan ialah karya yang paling berpengaruh dan popular dalam kesusasteraan Yunani purba. Odyssey merupakan antara karya pengembaraan yang paling agung dalam kesusasteraan. Ia menjadi model bagi kebanyakan cerita pengembaraan yang terkemudian. | UMUM | |
TASIK LUCERNE | Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman untuk tasik ini ialah Vierwaldstätter See , atau Tasik Empat Kanton Hutan . Empat buah kanton (negeri) yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya 39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer. | UMUM | |
KELUARGA WYSS | Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang popular berkenaan dengan keluarga yang mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743– 1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837). Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813. Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai pengarang kisah tersebut. | UMUM | |
SHUTE, NEVIL | Shute, Nevil (1899–1960) ialah penulis Inggeris yang menghasilkan novel paling laris tentang pengembaraan dan cerita yang penuh ketegangan. Dia menerbitkan novel sulungnya, Marazan pada tahun 1926. Dia berjaya menghasilkan lebih daripada 20 buah novel yang terkenal termasuk No Highway (1948), A Town Like Alice (1949), dan On the Beach (1953). Shute lahir di Ealing, London. Nama penuhnya ialah Nevil Shute Norway. Dia mendapat ijazah dari Oxford University selepas berkhidmat sebagai juruterbang semasa Perang Dunia I. Dia berjaya dalam kerjayanya sebagai pereka bentuk dan pembuat pesawat terbang. Pengetahuannya yang khusus menghasilkan novel yang benar-benar tulen. Semasa Perang Dunia II, dia bertugas sebagai pereka bentuk senjata dengan Tentera Laut. Selepas perang, dia menetap di Australia. | UMUM | |
ORCZY, BARONESS | Orczy, Baroness (1865–1947) ialah penulis kelahiran Hungary yang dikenali terutamanya kerana novelnya yang penuh dengan kisah pengembaraan dan cerita detektif. Dia juga menulis beberapa buah drama. | UMUM | |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
EPIK | Epik ialah puisi hikayat yang panjang. Hampir semua epik menceritakan keperwiraan orang kayangan dan orang yang terlibat dalam peperangan atau pengembaraan. | UMUM | |
POTTER, BEATRIX | Potter, Beatrix (1866–1943) ialah pengarang dan pelukis Inggeris yang terkenal dengan cerita haiwan kecil yang menyeronokkan untuk kanak- kanak. Bukunya menggabungkan kisah pengembaraan dan jenaka serta dihiasi lukisan cat air yang cantik menggambarkan aksi dan suasana cerita itu. Cerita Potter yang pertama dan paling terkenal ialah The Tale of Peter Rabbit (1902). | UMUM | |
PLANKTON | Plankton ialah longgokan organisma halus yang terampai pada atau berhampiran permukaan lautan, tasik, dan kawasan berair lain. Perkataan plankton berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pengembaraan . Sebahagian organisma plankton boleh berenang, tetapi tidak cukup kuat untuk mengelak daripada dibawa arus. | UMUM | |