| BENTAN | BENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka. Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m. Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut. Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas. Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |