PENGENDALIAN LEPAS TUAI | Kaedah | PERTANIAN | Konsep |
KESELAMATAN PENGENDALIAN MAKANAN | Keselamatan pengendalian makanan ialah proses pengawalan dan penjagaan kebersihan makanan pada peringkat penyediaan, penyimpanan, menghidangkan makanan dan semasa makan. | PEMAKANAN | Kaedah |
PERANG AMFIBIA | Perang amfibia ialah pengendalian operasi ketenteraan melalui tentera laut, udara, dan darat bagi tujuan menakluk kawasan pantai. Pada umumnya operasi amfibia dianggap sebagai bentuk peperangan yang paling kompleks. | UMUM | |
DIPLOMASI | Diplomasi ialah kaedah pengendalian perundingan antara negara-negara. Kini sesetengah sarjana juga menggunakan istilah ini untuk strategi dan teknik yang digunakan oleh sesebuah negara semasa berunding | UMUM | |
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA | agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa. | KEJURUTERAAN | Institusi/Organisasi |
AL-MUDHARABAH | Al-Mudharabah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pengendalian sesuatu skim pelaburan dan pembiayaan sesuatu projek atau aktiviti perniagaan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
PIUTER | Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat. | UMUM | |
DASAR PENSWASTAAN | Dasar Penswastaan, dasar yang melibatkan proses pemindahan perkhidmatan, pelaburan atau kepentingan kerajaan kepada pengendalian dan pengurusan sektor swasta. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
WARTA JENAKA | WARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd. Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad. Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman. Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai. Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana. | SASTERA | Karya |