| TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
| SEVASTOPOL | Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam, di bahagian barat daya Semenanjung Krimea di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta). Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea. Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918, semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika Perang Dunia II telah memusnahkan bandar tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar bandar ini telah didirikan semula. | UMUM | |
| TASIK PEIPUS | Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150 kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626 kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II, kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran sengit antara tentera Jerman dengan tentera Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad (kini St. Petersburg). | UMUM | |
| AQRA' IBN HABIS, AL- | Aqra‘ ibn Habis, al- ( ? –31 H. / ? –651 M.), salah seorang daripada sahabat nabi yang baru memeluk Islam. Nama penuhnya ialah al-Aqra‘ ibn Habis al- Tamimi. Dikatakan bahawa nama sebenarnya ialah Firas, tetapi dia digelar al-Aqra‘ (botak) kerana kepalanya yang botak. Dia berasal dari kalangan pemimpin Arab di zaman jahiliyyah, pernah menyertai pembukaan Kota Makkah dan Perang Hunayn, serta pernah menyertai peristiwa pengepungan Taif. | UMUM | |
| MISWAR IBN MAKHRAMAH IBN NAUFAL | Miswar ibn Makhramah ibn Naufal, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Dia merupakan anak kepada saudara perempuan Abd al-Rahman ibn ‘Auf yang dilahirkan dua tahun selepas hijrah. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. ketika masih kecil dan telah pergi ke Madinah selepas pembukaan Kota Makkah pada tahun lapan Hijrah. Dia selalu mendampingi Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab dan digolongkan di kalangan para sahabat sebagai ahli fiqh. Dia turut menyertai penaklukan Afrika pada tahun 27 Hijrah bersama ‘Abdullah ibn Saad ibn Abi as-Sarh. Ketika peristiwa pengepungan Makkah yang pertama, dia memihak kepada ‘Abdullah ibn Al-Zubayr dan terbunuh di sana. | UMUM | |