Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah bentuk kering suatu bahan melekit yang dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning, jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan, dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras. Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis. |